TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA
3.4 Tanggungjawab terhadap Negara
Tanggungjawab sudah menjadi bagian dari kehidupan manusia sejak lahir tetapi setiap orang memiliki tanggung jawab yang berbeza-beza, Tanggung jawab adalah kesedaran manusia akan tingkah laku atau perbuatan yang disengaja maupun yang tidak di sengaja. Tanggung jawab juga berarti berbuat sebagai perwujudan kesedaran akan kewajiban.
3.4.1 Mempertahankan Negara
Kedaulatan adalah suatu hak eksklusif untuk menguasai suatu wilayah pemerintahan, masyarakat, atau atas diri sendiri terdapat penganut dalam dua teori yaitu berdasarkan pemberian dari Tuhan atau Masyarakat. Dalam hukum konstitusi dan internasional, konsep kedaulatan terkait dengan suatu pemerintahan yang memiliki kendali penuh urusan dalam negerinya sendiri dalam suatu wilayah atau batas teritorial atau geografisnya, dan dalam konteks tertentu terkait dengan berbagai organisasi atau lembaga yang memiliki yurisdiksi hukum sendiri.
3.4.2 Amalan Prinsip Rukun Negara
Rukun Negara merupakan sebuah ideology kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Rukun Negara menggariskan lima prinsip utama yang perlu dipegang oleh seluruh masyarakat Malaysia, iaitu:
a) Kepercayaan kepada Tuhan
b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c)Keluhuran Perlembagaan
d)Kedaulatan Undang-undang
e) Kesopanan dan Kesusilaan
3.4.3 Semangat Kekitaan untuk Mengekalkan Perpaduan
Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu , melayu ,cina , india dan sebagainya .Setiap individu yang tinggal dalam masyarakat hendaklah mempunyai semangat kekitaan. Melalui semangat kekitaan, kehidupan dapat dimanfaatkan dengan lebih bermakna lagi. Kehidupan masyarakat akan lebih aman dan tenteram apabila semangat ini dapat diwujudkan pada setiap masa. Perpaduan bangsa dapat dilakukan melalui bahasa.
3.4.4 Patuh kepada Undang-undang
Masyarakat inginkan satu kehidupan yang teratur dan beperaturan. Dalam konteks negara, undang-undang dan peraturan dibuat oleh pihak berwajib untuk mewujudkan masyarakat aman. Pun begitu, sudahkah memadai dengan ada undang-undang maka ia dapat menyelesaikan, menyusun kehidupan masyarakat dan mampu menyelesaikan kemelut ummah?. Jawapannya tidak, walaupun dengan ada undang-undang sebaik mana pun, jika ia tidak dapat dipatuhi. Ini terbukti jika dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan yang mempunyai peraturan dan undang-undangnya.
Kesimpulan
Malaysia ialah sebuah Negara yang mengamalkan hubungan baik dengan Negara Negara di seluruh dunia. Jalinan yang baik dengan Negara luar menyebabkan Malaysia adalah antara Negara yang dikagumi dan dihormati oleh Negara lain. Terdapat pelbagai rukun Malyasia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,Keluhuran Perlembagaan ,Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.Masyarakat Malaysia jika boleh menjalan dan mematuhi rukun Malaysia,Malaysia akan memaju dan meningkat imej. Kejayaan hubungan yang erat ini telah memberikan banyak faedah kepada Negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, alam sekitar, kemanan sejagat,pendidikan dan sebagainya.
Comments
Post a Comment