BAB3:TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI
BAB 3:TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI,KELUARGA,MASYARAKAT,DAN NEGARA.
AGILAN A/L MAHENDRAN(30DLS18F2042)
BHISHAM SINGH BHULLER(30DLS18F2024)
AJAY (30DLS18F2032)
SATRUBAN SUNDRAN(30DLS18F2022)
Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan yang paling penting sekali, tanggungjawab terhadap agama. Segala tanggungjawab ini, daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak. Akan tetapi manusia juga seorang peribadi, dan sebagai makhluk peribadi manusia mempunyai pendapat sendiri. Di samping itu, kita haruslah mengerti dan menyedari posisi kita untuk sentiasa belajar dan mengerjakan segala pekerjaan rumah dengan penuh dedikasi, kerana hal-hal seperti itulah yang akan mempengaruhi kita sendiri pada akhirnya.
3.1 Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri
Tanggungjawab terhadap diri sendiri merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Tanggungjawab seseorang kepada dirinya sendiri terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek lahiriah dan batiniah. Dari segi aspek lahiriah, seseorang itu harus berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah ilmu, kesihatan diri dan maruah diri.
Manakala, dari segi aspek batiniah pula, jiwa seseorang itu perlu diisi dengan sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan seperti penghayatan kepada agama dan semangat cintakan negara.
3.1.2 Hubungan Dengan Tuhan
Manusia sebagai ciptaan unik dan hamba Tuhan, haruslah memastikan diri sendiri melakukan segala perkara yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan segala perkara yang terlarang. Tuhan bukan sahaja menciptakan manusia untuk hidup dan memenuhi muka bumi ini, namun Dia menciptakan manusia supaya manusia menyembah dan beribadah kepada Dia kerana Dia adalah Sang Pencipta.
Terdapat beberapa cara yang diamalkan oleh manusia untuk menjaga hubungan mereka dengan Tuhan. Amalan pertama ialah bersyukur iaitu sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Tuhan kepada manusia. Bersyukur bermaksud rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan.
Rajah di atas merupakan contoh-contoh setiap kaum menunaikan ibadah masing-masing kepada Tuhan. Kita haruslah sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan dengan sentiasa beribadah kepadaNya.
Amalan kedua ialah bertaubat iaitu sentiasa bertaubat atau mengubah diri menjadi orang yang lebih baik dan sempurna. Manusia yang melakukan kesalahan atau kesilapan hendaklah bertaubat dengan segera atas segala perlakuan dan perbuatan yang telah dilakukan.
Amalan ketiga ialah reda iaitu bersikap reda terhadap musibah, dugaan atau bencana yang berlaku pada diri. Reda bermaksud penerimaan dengan rela, senang hati dan berlapang dada dengan setiap sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan. Manusia perlu memperbaiki diri dengan mendekatkan hati kepada Tuhan.
3.1.2 Maruah Diri
Maruah diri adalah sangat penting untuk dijaga kerana dengan demikian, seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat, imej diri dan keluarga terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik.
Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri seperti pemakaian yang sopan, pergaulan dan percakapan yang baik. Pemakaian yang sopan dapat dilakukan dengan memakai pakaian yang sopan, menutup aurat serta tidak ketat dan jarang. Selain itu, pemakaian yang sopan adalah memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Percakapan yang baik dapat diamalkan dengan bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam setiap pertuturan. Di samping itu, kita hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang disekeliling kita.
3.1.3 Kesihatan Diri
Menjaga kesihatan diri merupakan tanggungjawab setiap individu kerana kesihatan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pelaksanaan sesuatu aktivti atau tugasan, disamping memperoleh kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, agama menuntut untuk menjaga kebersihan dan perlu dipratikkan dengan sebaik yang mungkin untuk menjamin kesihatan yang baik.
Terdapat beberapa cara untuk menjaga kesihatan diri iaitu dengan menjaga kebersihan diri, menjaga pemakanan dan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Menjaga kebersihan diri merujuk kepada menjaga kebersihan tubuh badan. Setiap individu perlu mendisiplinkan diri untuk menjaga kebersihan demi mendapatkan kesihatan yang baik.
Akhir sekali, mendapat rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan serta memberikan ketenangan kepada tubuh badan dan minda kita. Keprihatinan terhadap masa rehat yang cukup dapat membantu kelancaran proses metabolisme badan.
3.1.4 Ilmu
Ilmu merupakan kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan, mempunyai nilai kebenaran, sentiasa berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu dianggap amat penting kerana ia dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban manusia.
Apabila seseorang berilmu dia akan dipandang mulia dan dihormati kerana dapat membezakan perkara yang baik dan buruk, bersikap rasional serta melakukan sesuatu kebaikan kepada masyarakat. Maka, ilmu menjadi satu kepentingan dalam hidup manusia dan menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri.
Ilmu merupakan kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan, mempunyai nilai kebenaran, sentiasa berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu dianggap amat penting kerana ia dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban manusia.
Apabila seseorang berilmu dia akan dipandang mulia dan dihormati kerana dapat membezakan perkara yang baik dan buruk, bersikap rasional serta melakukan sesuatu kebaikan kepada masyarakat. Maka, ilmu menjadi satu kepentingan dalam hidup manusia dan menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri.
SUMBER RUJUKAN:BUKU TEKS NILAI MASYARAKAT
SUMBER RUJUKAN:BUKU TEKS NILAI MASYARAKAT
Comments
Post a Comment