TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT

                3.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT 


Manusia merupakan makhluk yang hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu yang tidak dapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara satu yang lain di tengah-tengah masyarakat. Dengan mengingati setiap individu dalam kalangan masyarakat mempunyai kepentingan yang pelbagai. 
Maka, setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai harus melaksanakan peranannya sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah individu-individu seperti jiran, orang kelainan upaya [OKU] dan warga emas.

3.3.1 Menghulurkan bantuan


Masyarakat merupakan kelompok manusia yang selalu berada paling hampir di tempat tinggal kita. Segala perkara tentang diri kita, ahli keluarga kita, mengenai harta benda dan juga mengenai kerjaya selalunya terlebih dahulu diketahui oleh mereka yang selalunya berada dengan hampir dengan kita salah seorangnya adalah jiran. Bukan itu sahaja, masyarakat juga merupakan kelompak manusia yang paling sesuai untuk meminta pertolongan kecemasan ketika ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. 

Pertolongan seperti inilah yang kita selalunya perlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Kemuncak hubungan masyarakat yang baik dapat mambantu orang lain ketika diperlukan. Pengorbanan seupama ini sememangnya tidak mudah untuk melupakan oleh sesiapapun. Jadi, semakin kerap kita menolong orang lain, semakin kuatlah ikatan hubungan kita dengan ahli komuniti.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan diri sendiri seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, masjid, balai raya, membaiki rumah atau, ribut serta kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kesatuan sesama manusia. Ini juga merupakan salah satu bentuk saluran pertolongan yang boleh dilaksanakan dalam hidup berkomuniti.

3.3.2 Menjaga keharmonian


Semangat kerjasama, prihatin, dan kesatuan jiran merupakan salah satu cara untuk mencegah segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Jika setiap masyarakat bertanggungjawab untuk memainkan peranan dan mengambil inisiatif untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib setiap kali mereka menyedari berlakunya perkara-perkara ganjil dan meragukan seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan sebagainya dapat dibendung dengan senang. 

Oleh sebab itu, jika masyarakat tabah untuk bersuara tentang gejala-gejala sosial seperti ini kepada pihak berkuasa, kerajaan juga dapatlah untuk mengurangkan segala perkara-perkara ganjil seperti ini

Selain itu, semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertolenrasi antara masyarakat. Kita hendaklah bertolak ansur, mengawal diri, sabar demi mengelakkkan pertelingkahan serta perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup.




3.3.3 Menjaga kebajikan














Komuniti yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapat manjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja yang merancang dan menyusun pelbagai aktiviti seperti kem motivasi dan program jati diri untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja. 

Di samping itu, demi menjaga kebajikan bersama kita hendaklah menghindarkan daripada menyakiti sesama sendiri. Setiap individu perlu menjaga dari segi perbuatan mahupun lisan atau percakapan kerana percakapan yang kasar dapat menyakiti hati seseorang dengan dalam sekali dan mereka akan ingat sampai bila-bila.


 Perbuatan menyakiti hati orang lain yang harus menghindarkan adalah seperti mengumpat, menghina, berdusta dan sebagainya. Setiap agama juga melarang pengikutnya untuk menyebarkan keburukan tentang orang lain demi menjaga aib dan maruah individu tersebut.




3.3.4 Amalan bertegur sapa dan kunjung-mengunjungi


Sikap amalan bertegur sapa sesama manusia merupakan salah satu titik permulaan terjalinya hubungan yang erat dan mesra dalam kalangan masyarakat. Kelompak manusia yang suka bertanya khabar dengan masyarakat sekeliling boleh menwujudkan silaturahim yang amat baik. Menerusi amalan bertegur sapa, hubungan boleh menjadi lebih erat dan apabila mereka saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman mereka sesama sendiri.

 Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap individu dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab serta selesa hidup dalam berkomuniti. Dengan ini, ibubapa juga berperanan untuk mengajar anak-anak mereka dari kecil mengenai betapa pentingnya amalan ini.





Comments

Popular posts from this blog

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA