TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
3.2 Tanggungjawab terhadap keluarga
Tanggungjawab ialah peranan yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya untuk memastikan keluarganya bahagia dan juga menjaga imej serta maruah keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia,setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing.Bapa,ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas.
3.2.1Hormat kepada Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan.
3.2.2 Pupuk Hubungan yang baik dalam keluarga
Kecanggihan teknologi menjadi salah satu punca kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini terbukti apabila melihat keasyikan anak muda terhadap gajet masing masing. Oleh itu, tanggungjawab memupuk hubungan yang baik sesame keluarga perlu diberikan perhatian.
3.2.3 Jaga Nama Baik Keluarga
Tanggungjawab menjaga nama baik keluarga merupakan perkara yang amat. Menjaga nama baik keluarga tentu merupakan hal yang penting. Orang tua yang sudah dengan susah payah membesarkan kita tentu berharap bahwa anaknya akan berhasil menjadi orang yang berguna. Betapa bangganya orang tua jika anak-anaknya mampu hidup dengan baik dan benar di masyarakat, menjadi anak yang berbakti pada orang tuanya, mereka akan merasa bahwa jerih payah mereka tidak sia-sia.
3.2.4 Beri Kasih sayang
Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari. Apabila tiba masanya, kita dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu bapa kita juga tidak terhenti di situ sahaja. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita haruslah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.
Comments
Post a Comment