TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
3.2 Tanggungjawab terhadap keluarga Tanggungjawab ialah peranan yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya untuk memastikan keluarganya bahagia dan juga menjaga imej serta maruah keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia,setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing.Bapa,ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas. 3.2.1Hormat kepada Ibu Bapa Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. 3.2.2 Pupuk Hubungan yang baik dalam keluarga Kecanggihan teknolog